Tuesday, November 20, 2012

Seminar Halangan & Cabaran Pengislaman Orang Asli




Assalamualaikum wbt.....

Alhamdulillah...pada 1 november 2012 yang lepas, satu seminar telah dianjurkan oleh pelajar Jabatan Dakwah di bawah kursus Sistem Pentadbiran Islam bertujuan untuk mendalami satu lagi permasalahan yang berlaku di dalam menyampaikan dakwah khususnya kepada Orang Asli. 


Penceramah yang diundang adalah Dr Mustafa Omar selaku fellow kanan Pusat Kajian Dakwah Masyarakat Orang Asli dan Pribumi UKM membentang sebuah tajuk mengenai "Halangan Dan Cabaran Pengislaman Dan Dakwah Orang Asli : Satu Penelitian Dan Pendekatan Antropologi"


Terdapat beberapa aspek yang disentuh oleh penceramah terutamanya halangan kepada masyarakat orang Asli untuk menerima dakwah daripada agama Islam. Antaranya mereka beranggapan bahawa dengan memeluk Islam, kehidupan mereka akan lebih susah, terikat dengan pelbagai peraturan dan lain-lain. Antara faktor lain yang juga menjadi penghalang ialah gambaran buruk oleh sebahagian masyarakat Islam turut menjadi faktor penghalang penerimaan dakwah oleh masyarakat orang Asli.


Walaubagaimanpun kita tetap berharat bahawa perjuangan para pendakwah kini tidak luntur dan sentiasa mendapat pertolongan dari Allah swt agar Islam dapat ditegakkan dan dapat dikembangkan. Diharapkan seminar seperti ini dapat lagi dianjurkan dengan harapan dapat memberi seribu satu manfaat dan kegunaan bagi bakal daie-daie yang akan menempuh kehidupan sebagai seorang pendakwah, Insayallah....

2 comments:

  1. assalamualaikum , maaf saya bertanya , untuk penulisan berkaitan tajuk ini ada dipublishkan dalam bentuk penulisan pdf ?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum , maaf saya bertanya , untuk penulisan berkaitan tajuk ini ada dipublishkan dalam bentuk penulisan pdf ?

    ReplyDelete