Tuesday, November 20, 2012

Program Dakwah Masyarakat Berjiran

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah pada 10-17 november yang lepas, pelajar tahun 3 jabatan dakwah dan kepimpinan mengadakan sebuah program dakwah masyarakat berjiran di kg kuala lah gua musang kelantan. Program yang dijalankan ini bermisikan untuk membantu masyarakat melayu serta orang asli di kawasan kg kuala lah untuk membentuk satu ikatan ukhwah yang kuat.

Seramai 72 peserta yang menyertai program ini telah menjadi anak angkat kepada hampir 30 buah keluarga di sana dengan harapan mereka dapat memupuk rasa tanggungjawab sesama muslim di kalangan masyarakat org melayu untuk membantu masyarakat orang asli dan dengan kata lain menjadi masyarakat orang asli sebagai keluarga angkat penduduk melayu.


Pelbagai atucara telah diaturkan untuk memeriahkan lagi program ini seperti majlis pembahagian anak angkat, hari kesihatan, sukanekana, malam kesenian, ziarah serta pelbagai lagi aktiviti yang membabitkan peserta, masyarakat melayu dan orang asli.


Dakwah bil hal menjadi senjata utama para peserta dalam memupuk rasa kasih dan sayang sesama umat islam. Hal ini penting bagi memastikan objektif program ini dapat dijayakan dengan sebaiknya.
Alhamdulillah, hasil usaha semua peserta dan penduduk kampung serta semua yang terlibat, program ini membuahkan hasil apabila kami berjaya mengislamkan seorang penduduk serta berjaya mendapat keluarga angkat bagi orang asli dengan tujuan keluarga angkat ini mampu memberikan bantuan dari segi ilmu mengenai islam mahupun bantuan berbentuk asas kehidupan.


Pengalaman yang hebat ini mampu menjadikan pendorong yang lebih kuat kepada pelajar-pelajar jabatan dakwah dan kepimpinan untuk menjadi seorang pendakwah atau daie yang mampu memberikan manfaat kepada agama bangsa dan negara. Semoga program-program seperti ini dapat dipertingkatkan lagi agar kita semua dapat menjadikan iainya sebagai satu jalan kepada kita untuk melaksanakan kerja dakwah. Insyallah.....

Kem Sukarelawan al-Falah

Assalamualaikum wbt....


Pada 8-10 November 2012, Pelajar-pelajar Tahun 3 Jabatan Dakwah dan Kepimpinan telah menyertai satu kem sukarelawan al-Falah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang bertempat di kem YADIM Sg Semungkis Batu 14 Hulu Langat Cheras Selangor.


Kem yang bertujuan untuk memupuk nilai semangat berpasukan untuk menjana kekuatan fizikal dan mental bagi menghadapi seribu satu halangan khususnya bagi peserta yang bakal menyertai program bersama masyarakat melayu dan masyarakat orang Asli di Gua Musang.


Pelbagai pengalaman dan ilmu yang pasti memberi manfaat bagi kesemua peserta akan digunakan dengan sebaiknya dalam menjamin satu kejayaan yang memenuhi objektif program kemasyaratan di Gua Musang. Semangat kerjasama dan juga displin yang kuat mampu menjana seorang pendakwah yang mampu memberikan impak yang besar di dalam dunia dakwah.

      

Semoga hubungan yang erat di antara Jabatan Dakwah dan Kepimpinan ini mampu diteruskan dari generasi ke generasi yang seterusnya dengan niat supaya Islam dapat dikembangkan ke serata alam dan kita sebagai umat Islam mampu memberikan bantuan kepada seluruh umat manusia tidak kira di mana jua.

Seminar Halangan & Cabaran Pengislaman Orang Asli




Assalamualaikum wbt.....

Alhamdulillah...pada 1 november 2012 yang lepas, satu seminar telah dianjurkan oleh pelajar Jabatan Dakwah di bawah kursus Sistem Pentadbiran Islam bertujuan untuk mendalami satu lagi permasalahan yang berlaku di dalam menyampaikan dakwah khususnya kepada Orang Asli. 


Penceramah yang diundang adalah Dr Mustafa Omar selaku fellow kanan Pusat Kajian Dakwah Masyarakat Orang Asli dan Pribumi UKM membentang sebuah tajuk mengenai "Halangan Dan Cabaran Pengislaman Dan Dakwah Orang Asli : Satu Penelitian Dan Pendekatan Antropologi"


Terdapat beberapa aspek yang disentuh oleh penceramah terutamanya halangan kepada masyarakat orang Asli untuk menerima dakwah daripada agama Islam. Antaranya mereka beranggapan bahawa dengan memeluk Islam, kehidupan mereka akan lebih susah, terikat dengan pelbagai peraturan dan lain-lain. Antara faktor lain yang juga menjadi penghalang ialah gambaran buruk oleh sebahagian masyarakat Islam turut menjadi faktor penghalang penerimaan dakwah oleh masyarakat orang Asli.


Walaubagaimanpun kita tetap berharat bahawa perjuangan para pendakwah kini tidak luntur dan sentiasa mendapat pertolongan dari Allah swt agar Islam dapat ditegakkan dan dapat dikembangkan. Diharapkan seminar seperti ini dapat lagi dianjurkan dengan harapan dapat memberi seribu satu manfaat dan kegunaan bagi bakal daie-daie yang akan menempuh kehidupan sebagai seorang pendakwah, Insayallah....