Friday, September 30, 2011

Bengkel Hala Tuju Peribumi

Bengkel Hala Tuju Peribumi
Tarikh: 27 SEPTEMBER 2011
Hari: Selasa
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat 3, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Tetamu Jemputan:
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hood Salleh
Pengarah Muzium Warisan Akademik, UKM.

Ustaz Us. Othman Ariff bin Omar
Penolong Pengarah Kanan,
Bahagian Dakwah, JAKIM.

Wednesday, July 13, 2011

Lawatan Cakna Orang Asli di Gua Musang

Lawatan ini disempurnakan pada 21-23 Jun 2011 bersamaan pada hari Selasa - Khamis di Kg. Pasir Rot, Gua Musang dengan kerjasama JAKIM. Lawatan ini sertai oleh Prof. Madya Dr. Ghafar sebagai ketua dan Prof. Dr. Badlihisham dan En. Jamaluddin sebagai juru gambar.


Objektif lawatan ini ialah untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan seperti JAKIM dan JKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli). Antara pengisian yang dijalankan:
-          Silatul rahim PRIBUMI, JAKIM dan penduduk Pasir Rot
-          Kursus Pengurusan Jenazah Asas untuk penduduk Asli
-          Lawatan di Kg.sekitar seperti Kuala Betis
Hasil lawatan
-          Program ini amat berfaedah dan telah menjadi ‘milestone’ kepada PRIBUMI untuk lebih dikenali oleh agensi luar
-          Menjadi jambatan untul kerjasama selanjutnya.


Thursday, June 9, 2011

Seminar Kebangsaan Isu-isu Orang Asli dan Peribumi (SKOP 2011)

OBJEKTIF

i. Mengutarakan isu-isu atau agenda yang utama berkaitan kaum Asli dan Peribumi
ii. Memberi peluang kepada para akademia membentangkan hasil kajian berkaitan isu-isu Orang Asli dan Peribumi dari pelbagai dimensi
iii. Menjana korpus ilmiah berkaitan subjek kajian melalui input-input baru yang dibicarakan oleh para pembentang kertas .

TARIKH: 16-17 November 2011 (Rabu dan Khamis)

TEMPAT: Bilik Senat, UKM.

ANJURAN:
Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Pribumi, dengan kerjasama Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

SUB-TEMA
Fokus utama kepada SKOP 2011 ialah kepada Dakwah Orang Asli dan Peribumi yang meliputi sub-sub tema di bawah:

  • Pembangunan
  • Sosial
  • Politik
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Seni dan budaya
  • Agama/Kepercayaan
  • Hak Asasi
  • Globalisasi
  • Tamadun
  • Bahasa Komunikasi
  • Undang-undang
  • Alam sekitar
  • Perubatan tradisional
Sub-sub tema yang difikirkan sesuai, boleh dikemukakan.
YURAN
Peserta: RM 200
Pelajar: RM 50
Pembentang: RM 350
Sila hantar soft copy asbtrak dan kertas kerja ke:
E-mail : faisal@ukm.my / a.g.don@ukm.my

Broshure; Sila klik sini.

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Pusat Kajian Peribumi dan Orang Asli