Alhamdulillah pada 10-17 november yang lepas, pelajar tahun 3 jabatan dakwah dan kepimpinan mengadakan sebuah program dakwah masyarakat berjiran di kg kuala lah gua musang kelantan. Program yang dijalankan ini bermisikan untuk membantu masyarakat melayu serta orang asli di kawasan kg kuala lah untuk membentuk satu ikatan ukhwah yang kuat.
Seramai 72 peserta yang menyertai program ini telah menjadi anak angkat kepada hampir 30 buah keluarga di sana dengan harapan mereka dapat memupuk rasa tanggungjawab sesama muslim di kalangan masyarakat org melayu untuk membantu masyarakat orang asli dan dengan kata lain menjadi masyarakat orang asli sebagai keluarga angkat penduduk melayu.
Pelbagai atucara telah diaturkan untuk memeriahkan lagi program ini seperti majlis pembahagian anak angkat, hari kesihatan, sukanekana, malam kesenian, ziarah serta pelbagai lagi aktiviti yang membabitkan peserta, masyarakat melayu dan orang asli.
Dakwah bil hal menjadi senjata utama para peserta dalam memupuk rasa kasih dan sayang sesama umat islam. Hal ini penting bagi memastikan objektif program ini dapat dijayakan dengan sebaiknya.
Alhamdulillah, hasil usaha semua peserta dan penduduk kampung serta semua yang terlibat, program ini membuahkan hasil apabila kami berjaya mengislamkan seorang penduduk serta berjaya mendapat keluarga angkat bagi orang asli dengan tujuan keluarga angkat ini mampu memberikan bantuan dari segi ilmu mengenai islam mahupun bantuan berbentuk asas kehidupan.
Pengalaman yang hebat ini mampu menjadikan pendorong yang lebih kuat kepada pelajar-pelajar jabatan dakwah dan kepimpinan untuk menjadi seorang pendakwah atau daie yang mampu memberikan manfaat kepada agama bangsa dan negara. Semoga program-program seperti ini dapat dipertingkatkan lagi agar kita semua dapat menjadikan iainya sebagai satu jalan kepada kita untuk melaksanakan kerja dakwah. Insyallah.....
No comments:
Post a Comment