Wednesday, July 13, 2011

Lawatan Cakna Orang Asli di Gua Musang

Lawatan ini disempurnakan pada 21-23 Jun 2011 bersamaan pada hari Selasa - Khamis di Kg. Pasir Rot, Gua Musang dengan kerjasama JAKIM. Lawatan ini sertai oleh Prof. Madya Dr. Ghafar sebagai ketua dan Prof. Dr. Badlihisham dan En. Jamaluddin sebagai juru gambar.


Objektif lawatan ini ialah untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan seperti JAKIM dan JKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli). Antara pengisian yang dijalankan:
-          Silatul rahim PRIBUMI, JAKIM dan penduduk Pasir Rot
-          Kursus Pengurusan Jenazah Asas untuk penduduk Asli
-          Lawatan di Kg.sekitar seperti Kuala Betis
Hasil lawatan
-          Program ini amat berfaedah dan telah menjadi ‘milestone’ kepada PRIBUMI untuk lebih dikenali oleh agensi luar
-          Menjadi jambatan untul kerjasama selanjutnya.